Thursday, April 22, 2010

Pakatan Semakin Reput, Menanti Rebah...

















Hari ini kita telah dikejutkan lagi dengan ahli PKR Cabang Hulu Selangor, meletakkan jawatan beliau dan menyertai UMNO. Sham Faris Bin Mohd Yusak, Pegawai Khidmat Mewakili DUN N07 merangkap Pengerusi Penggerak Belia Hulu selangor mengumumkan perletakan jawatan beliau petang tadi disebabkan ketidakpuasan hati beliau dengan pentadbiran PKR yang semakin melupakan jasa dan pengorbanan yang telah beliau serta rakan2 beliau lakukan selama ini demi rakyat Hulu Selangor. Beliau terpanggil untuk keluar dari PKR adalah kerana PKR sudah jauh terpesong dan tidak menjaga kebajikan ahli2 mereka.



Ahamad Tarmedi Bin Dollah, Pegawai Khas DUN Batang Kali telah dimasukkan ke ICU Sungai Buloh kerana menghidapi Barah Otak ( Brain Tumor) dan dilaporkan masih Koma . Menurut Sham Faris, semenjak rakan beliau tersebut terlantar menderita semenjak 21 April sehingga ke hari ini, tiada satu pun usaha mahupun bantuan dari pihak PKR untuk membantu. Malah mereka menganggap penderitaan beliau hanyalah sekadar perkara biasa.


Menurutnya lagi, beliau amat terharu apabila Wanita UMNO Cawangan Sungai Choh, YB Isa , Mahmud Abdul Karim serta rakan2 UMNO lebih prihatin dan membantu Ahmad Tarmedi sedaya yang boleh hingga ke hari ini.





Beliau serta mewakili rakan seperjuangan beliau Ahmad Tarmedi Bin Dollah dengan rela hati telah meletakkan Jawatan mereka di dalam PKR dan menyertai UMNO. Turut bersama mereka 9 orang lagi pengundi2 baru yang tekad tidak akan membuang undi untuk PKR dan terus menyokong Barisan Nasional.

P/S: "Habis Madu Sepah Dibuang" adakah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi berikut. Kami di pihak MHS mendoakan semoga saudara Ahmad Tarmedi Bin Dollah sembuh dari penyakit yang beliau hidapi.

p/s/s: Buat ahli2 PKR yang lain, tunggu apa lagi?? Buat pilihan yang terbaik... Contoh dah ada depan mata...

" Sayangi Selangor, Undilah BN "









1 comment:

  1. Disebabkankan PAS join pakatan, menyebabkan aku menyokong BN,aku tidak nampak Islam dapat ditegakkan dengan agenda PKR dan DAP... sekurang-kurangnya dgn BN UMNO masih memegang tampok. bukan seperti di dalam Pakatan yang nampak jelas agenda2 utk meruntuhkan hak Islam agama rasmi, hak bumi dan kuasa institusi diraja.. Kami hanya memerlukan pembangkang yang kuat, tp tidak memerlukan satu lagi pemerintahan campuran. kalau nak tukar, baik tukar Islam sepenuhnya.. x perlu parti campuran yg lain plak..

    ReplyDelete