Saturday, July 17, 2010

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor di Felda Sg Tengi di rasmikan oleh Dato Seri Noh Omar.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Fw: Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor di Felda Sg Tengi di rasmikan oleh Dato Seri Noh Omar.

------Original Message------
To: Media hulu selangor email
To: Asdi ali facebook email
Subject: Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor di Felda Sg Tengi di rasmikan oleh Dato Seri Noh Omar.
Sent: Jul 17, 2010 3:34 PM


Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, July 4, 2010

salam berkenalan saya akan terus guna bloger ini...ok

kena buat perubahan besar politik UMNO NEGERI SELANGOR

SALAM 1MALAYSIA,
SAYA tetarik dengan bloger media hulu selangor,saya rasa ini satu permulaan yang baik untuk memgempur dan bersiap sedia memhadapi PRU 13,dan saya ingin menasihat kan pada golongan belia/remaja yang cukup umur supaya memdaftar pengundi,dan saya ingin dan cadangkan pada sdr mahmud karim,kita kena daftar dan cari pengundi baru.....saya ada satu cara yang nak tarik golongan muda ini daftar pengundi,kita adakan aktiviti belia/remaja,atau pun kita guna cara memdekati belia 4B.......pada masa sama kita berjaya dapat golongan muda dan golongan muda dapat kena apa perjuangan UMNO/BN....salam berkenalan dari saya...

Sunday, June 27, 2010

Penyertaan ulama dapat martabatkan bangsa Melayu, Islam

REMBAU 27 Jun - Penyertaan golongan ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini merupakan satu tamparan hebat buat parti Pas yang selama ini menganggap parti pembangkang itu sahaja yang menjadi pilihan golongan agama.

Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu, selama ini masyarakat hanya melihat golongan ulama selama ini memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka untuk meninggikan syiar Islam.

Namun, katanya, berdasarkan kepada keadaan semasa, para intelek Islam itu mula tertanya-tanya mengenai apakah perjuangan yang diingini itu akan menjadi nyata sedangkan pada hakikatnya ia masih kabur.

"Bagi saya, ia sudah tentunya akan memberikan satu tamparan hebat buat Pas berikutan kemasukan para ulama-ulama ini. Sedangkan ramai yang melihat golongan seperti ini hanya akan menyertai Pas.

"'Malah keadaan ini juga akan menyebabkan ramai di kalangan ahli-ahli Pas tertanya-tanya adakah perjuangan mereka telah tersasar," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Khairy juga yakin dengan penyertaan golongan ulama profesional itu, ia juga dilihat dapat memberi lebih pengisian terutamanya dalam aktiviti di bidang keagamaan.

Justeru, kata beliau dalam konteks Pemuda UMNO, pihaknya juga akan memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk berjuang bersama-sama dalam memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.

"Kita mengalu-alukan penyertaan mereka dalam UMNO dan saya yakin dengan kemasukan mereka dalam parti, ia akan memberi satu sentuhan dan pengisian keagamaan.

"Kita juga akan memberikan platform terbaik buat mereka untuk bersama-sama dalam berjuang di dalam parti," kata beliau.

Jika usaha drastik dilakukan tarik pengundi baru

Rawang 27 Jun - Perpecahan dalam kerajaan Selangor ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan peluang terbaik buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kembali merampas negeri itu yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin UMNO dan parti komponen BN di peringkat akar umbi terutama di negeri berkenaan kini perlu memperkuat jentera parti masing-masing untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.

"Itu sebabnya saya tekankan kita harus melakukan usaha lebih drastik bagi mendapatkan sokongan pengundi baru dan pengundi yang telah lari daripada kita pada pilihan raya umum dahulu (2008)," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam ketika dihubungi mengakui wujud komplot di kalangan 15 Ahli Parlimen PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Katanya, perkara itu berlaku kerana terdapat segelintir ahli Parlimen termasuk dari beberapa negeri lain tidak berpuas hati dengan cara dan tindakan Abdul Khalid mentadbir kerajaan dan politik Selangor.

Ahmad Zahid menambah, perkembangan dalam pakatan pembangkang yang menerajui negeri itu membuktikan perpecahan di kalangan PKR, Pas dan DAP kini adalah kritikal.

Bagaimanapun, katanya, para pemimpin pembangkang mempunyai kelebihan menyembunyikan setiap kelemahan serta perpecahan di antara mereka.

"Saya fikir sebenarnya perpecahan PKR lebih parah lagi, undi tidak percaya (terhadap Abdul Khalid) memang berlaku tetapi mereka sapu di bawah permaidani," ujarnya.

Sementara itu, kata beliau, perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk tindakan lanjut.

Semalam, Ahmad Zahid terpaksa merasmikan dua mesyuarat UMNO Bahagian Rantau Panjang yang diadakan secara berasingan kerana perbezaan pendapat di kalangan beberapa pemimpin yang kalah dan menang pada pemilihan parti itu sebelum ini.

"Perpecahan bukan sahaja merosakkan imej individu malah parti juga turut terpalit," tegasnya.

Zahid Hamidi hadir dua persidangan 'tidak sehaluan'

RANTAU PANJANG 27 Jun - Krisis yang melanda UMNO Bahagian Rantau Panjang sejak 2008 mendapat harapan baru untuk pulih dengan kehadiran Naib Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke dua persidangan perwakilan yang diadakan di dua buah tempat berasingan secara serentak di sini, semalam.

Persidangan perwakilan tersebut berpecah dua ekoran krisis yang melanda antara Ketua Bahagiannya, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketuanya yang kini digantung keahlian UMNO, Datuk Mohamad Zain Ismail.

Keadaan ini menyebabkan persidangan berkenaan diadakan di dua tempat secara serentak iaitu di Lubok Jong, Rantau Panjang yang diketuai Abdullah dan di Dewan Yayasan Pembangunan Masyarakat, Lati, Pasir Mas di bawah pimpinan Mohamad.

Utusan Malaysia difahamkan, persidangan yang diadakan di Lubok Jong adalah sah mengikut perlembagaan UMNO, manakala kumpulan pimpinan Abdullah tidak sah.

Bagaimanapun, Zahid yang pada mulanya merasmikan persidangan di Lubok Jong pada pukul 2 petang kemudiannya meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan ahli-ahli UMNO yang berada di persidangan yang satu lagi.

Ketibaan beliau tepat pukul 4.45 petang semalam ternyata membawa harapan gembira kepada ahli-ahli UMNO di situ apabila mereka bersorak dan melaungkan 'hidup UMNO' berulang kali.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak menyampaikan sebarang ucapan dan hanya beramah mesra dengan hadirin di situ serta berjumpa dan bercakap sesuatu kepada Abdullah.

Beliau yang ditemui pemberita sejurus selepas itu kemudiannya menyatakan telah menerima arahan daripada Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk hadir ke kedua-dua tempat bagi menyelesaikan krisis yang melanda.

"Saya menasihatkan kepada semua pemimpin dan ahli di bahagian ini agar mengikut peraturan sedia ada dalam parti bagaimanapun saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan seterusnya ke Majlis Tertinggi jika perlu'' katanya.

Menurut sumber, perpecahan yang berlaku di bahagian itu bermula apabila empat pemimpin di bahagian itu digantung keahlian oleh Majlis Tertinggi pada 2008 iaitu Mohamad (bekas Ketua Bahagian); Ghazali Ismail (bekas bendahari bahagian); Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda bahagian) dan Pauziah Che Wook (bekas Ketua Wanita).

Selepas penggantungan tersebut, semua penjawat baru jawatan berkenaan didakwa dilantik tanpa mengadakan pertandingan menyebabkan ramai ahli tidak berpuas hati sehingga mewujudkan dua kumpulan UMNO di situ.

Sunday, May 23, 2010

Pertandinga Bowling Pemuda dan Puteri Umno Gugusan Hulu Bernam




Pada 22 Mei 2010 telah berlangsung pertandingan bowling untuk Pemuda Dan Puteri Umno Gugusan Hulu Bernam. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Puan Rosni Sohar iaitu Ketua Wanita Bahagian Umno Hulu Selangor dan tutur menjayakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor iaitu Saudara Mahmud karim.
Pertandingan ini dianjukan di Selyang Mall dan dihadiri hampir 100 orang pemuda dan puteri Umno. Pertandingan ini bertujuan mengembalikan dan menguatkan lagi jentera pemuda dan puteri di peringkat akar umbi. Sambutan yg menggalakkan ini telah membuktikan Umno masih di hati golongan muda.Diharap program sebegini akan terus dianjurkan....

MB Selangor dinasihat bercuti

SHAH ALAM 23 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta bercuti bagi menjamin siasatan kes penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang melibatkan adiknya, Hajiman Ibrahim dapat dijalankan dengan lebih telus.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, ia juga dapat mengelakkan sebarang kecurigaan yang Abdul Khalid akan mempengaruhi siasatan.

''GPMS Selangor gembira dengan sikap berani Abdul Khalid yang menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa termasuk membuat siasatan terhadap adiknya, Hajiman.

''Tapi kita tidak mahu siasatan ini terganggu. Semua pihak termasuk Abdul Khalid diminta memberi ruang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan kegiatan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.

''Ruang yang sama juga perlu diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, kata Mohd. Faizal, GPMS Selangor juga mengharapkan tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kes tersebut dan semua pihak diminta menunggu hasil siasatan polis, SPRM dan Selcat.

Katanya, ini kerana GPMS Selangor yakin dengan kematangan dan kemampuan pihak polis, SPRM dan Selcat dalam melakukan siasatan.

''Mereka tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional kerana sebagai agensi penguat kuasa undang-undang, polis dan SPRM akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan," tegasnya.

Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam KSSB.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 9 pagi.

Pada hari yang sama, Abdul Khalid turut mengumumkan akan merujuk kepada Selcat berhubung dakwaan penyelewengan itu agar satu pendengaran awam dapat dilakukan.

Wednesday, May 5, 2010

Futsal Piala Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor

Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor akan mengadakan pertandingan futsal Piala Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor bermula dari bulan ini...Pertandingan akan diadakan disetiap gugusan didalam UMNO Bahagian Hulu Selangor...Pemenang disetiap gugusan akan mewakili gugusan untuk bertanding di pusingan akhir Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda Bahagian Hulu Selangor...Pertandingan akan bermula di Gugusan Bukit Sentosa....Segala info terperinci akan diberitahu berperingkat2....Sekian

Mangsa Pukul puak2 PKR sewaktu PRK Hulu Selangor

Mangsa ialah Pemuda BN yang menjadi mangsa pukul puak2 PKR yang datang dari luar...Apa kerja PKR Hulu Selangor sehingga sewenang2nya membiarkan bdk2 mereka memukul bdk2 BN??Kejadian berlaku di kawasan Bukit Sentosa pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lalu.....

Saturday, May 1, 2010

Jalan2 cari makan....

Setelah selesai Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor br hari nie admin2 media dapat berkumpul duduk makan sekali....tq pada Saudara Jr Shah kerana sponsor makan tengahari td...kenyang...alhamdulillah....

Tuesday, April 27, 2010

Teresa Kok dh 'INSAF'????

Rupa2nya dalam PRK Hulu Selangor yang lalu ADUN Kinrara, Teresa Kok dh insaf dan menyatakan hasrat untuk menyertai BN....hahahahaha....Ini dapat dilihat melalui penglibatan Teresa Kok dalam kempen BN....Lompat la Teresa...Tunggu ape lagi....

Kebetulan......

Semua yang berlaku selama ini adalah ketentuan Illahi dan kebetulan semata2...tidak ada kena mengena ngn yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia....17hb April yang lalu berlangsung penamaan calon bagi parti2 yang bertanding di Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor....manakala pada 25hb April yang lalu adalah hari pembuangan undi untuk memilih ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Hulu Selangor....didalam Pilihanraya Kecil tersebut calon BN,Saudara P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi....maka angka 1725 tidak dapat dipisahkan dengan Parlimen Hulu Selangor...semuanya berlaku secara kebetulan....

Monday, April 26, 2010

mcDonald.....

Admin Media Hulu Selangor yang sedang kelaparan...sebat je ape yang ade depan mata....hehehehe...menu hari nie Burger Quarter Pounder with cheese,kentang goreng ngan air Coca Cola......bismillah....

Sunday, April 25, 2010

1MALAYSIA.......

'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Sekitar Peti Undi Sekolah Cina

Sekitar peti undi Sekolah Kebangsaan Cina Kuala Kubu Bharu....keadaan pada awalnya suram dan lengang kerana pengundi2 di Sekolah ini terdiri dari warga emas dan yang berumur 30 tahun ke atas...cuma keadaan sedikit tegang sewaktu kunjungan TPM ke peti undi ini....
penyokong pembangkang menyalak2 dengan mengeluarkan kata2 kesat terhadap penyokong BN....turut sama melakukan kunjungan ialah Datuk Seri Shapiee Apdal dengan rombongan bermotosikal Pemuda dari Kg.Orang Asli....kira2 72% orang yang keluar mengundi bagi keseluruhan peti undi Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor kali nie...




PAS FOR SALE!!!!


Saturday, April 24, 2010

PENYOKONG PAS/PKR INGKAR ARAHAN POLIS

Keadaan yang di kawasan mengundi Ampang pecah Kuala Kubu Bharu yang pada mula dikawal baik oleh pasukan polis menjadi kecoh apabila penyokong Pas dan PKR bertindak diluar kawalan cuba menyerang penyokong BN Yg begitu patuh pada arahan polis.

keadaan bertambah tegang apabila mereka menaikan banner2 yg memburukan kerajaan dan memaki hamun kerajaan Barisan Nasional dgn kata-kata yang keterlaluan,namun pihak polis bertindak pantas dengan merampas banner2 tersebut.

Kita dapat saksikan penyokong2 Pas dan PKR yang kebanyakan sudah berumur dan berkopiah mengajar generasi muda mereka bersikap seperti orang yg tidak berfikiran dan sering mencetuskan kekecohan bagi menakutkan orang keluar mengundi.

Pasukan Polis yang diketuai oleh ASP Yuvaraj memberi jaminan keadaan di Pusat mengudi Ampang Pecah selamat dan terkawal.


PKR KIAN TERDESAK...........

pkr akan menghantar balaci2nya dari luar supaya membuat sesak di hulu selangor nie......... dan mereka akan menghalang pengundi2 utk keluar mengundi.......... pkr memang terdesak......... mesyuarat dap pun mengatakan 55% BN akan menang.............

SULTAN ARAH AMBIL TINDAKAN......

sultan selangor, sultan shrafuddin idris shah menitah polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana2 pihak yg menggunakan masjid utk berkempen utk prk p094 hulu selangor......... ketua polis negeri selangor datuk khalid abu bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau pun demonstrasi.........

Sumpah.....

Sumpah taat setia pemimpin PAS.....jatuh talak tu....

Majlis YAB TPM bersama NGO....

Disekitar Majlis Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama NGO yang menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional, Saudara P.Kamalanathan.......


Friday, April 23, 2010

Sukarelawan Barisan Nasional.....

Program yang dilakukan di Kem Sukarelawan BN di Ampang Pecah....
Antaranya sukan paintball,berkayak,basketball dan lain2.....




Gelang Besi......

Mengapalah mempersiakan masa depan untuk orang yang menghancurkan dan mengkhianati negara....dh tu masih berbangga dengan gelang besi ditangan...nie la dia geng yang telah merosakkan bahan kempen Barisan Nasional....mane pemimpin yang mengamalkan konsep ketuanan rakyat yang mengagungkan Negara Berkebajikan konon2nya???bawak2 bertaubat la...sudah2 la ngn provokasi murahan tu...

PKR dah terdesak..gerai dkt Stadium KKb tak laku, Sanggup buat iklan palsu utk tarik pengunjung nak suruh support peniaga yg dah tinggal 2-3 kerat..kesian..hahaha

Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, April 22, 2010

Surat Khabar terbaru???

surat khabar terbaru sempena Pilihanraya Kecil p094 Parlimen Hulu Selangor ke nie???hahaha....

Anwar Zionis.....













- berikut ialah gambar2 Anwar bersama rejim Zionis...maka Anwar ialah bapak segala Zionis....jgn dok tuduh org lain la.....

Pakatan Semakin Reput, Menanti Rebah...

















Hari ini kita telah dikejutkan lagi dengan ahli PKR Cabang Hulu Selangor, meletakkan jawatan beliau dan menyertai UMNO. Sham Faris Bin Mohd Yusak, Pegawai Khidmat Mewakili DUN N07 merangkap Pengerusi Penggerak Belia Hulu selangor mengumumkan perletakan jawatan beliau petang tadi disebabkan ketidakpuasan hati beliau dengan pentadbiran PKR yang semakin melupakan jasa dan pengorbanan yang telah beliau serta rakan2 beliau lakukan selama ini demi rakyat Hulu Selangor. Beliau terpanggil untuk keluar dari PKR adalah kerana PKR sudah jauh terpesong dan tidak menjaga kebajikan ahli2 mereka.



Ahamad Tarmedi Bin Dollah, Pegawai Khas DUN Batang Kali telah dimasukkan ke ICU Sungai Buloh kerana menghidapi Barah Otak ( Brain Tumor) dan dilaporkan masih Koma . Menurut Sham Faris, semenjak rakan beliau tersebut terlantar menderita semenjak 21 April sehingga ke hari ini, tiada satu pun usaha mahupun bantuan dari pihak PKR untuk membantu. Malah mereka menganggap penderitaan beliau hanyalah sekadar perkara biasa.


Menurutnya lagi, beliau amat terharu apabila Wanita UMNO Cawangan Sungai Choh, YB Isa , Mahmud Abdul Karim serta rakan2 UMNO lebih prihatin dan membantu Ahmad Tarmedi sedaya yang boleh hingga ke hari ini.





Beliau serta mewakili rakan seperjuangan beliau Ahmad Tarmedi Bin Dollah dengan rela hati telah meletakkan Jawatan mereka di dalam PKR dan menyertai UMNO. Turut bersama mereka 9 orang lagi pengundi2 baru yang tekad tidak akan membuang undi untuk PKR dan terus menyokong Barisan Nasional.

P/S: "Habis Madu Sepah Dibuang" adakah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi berikut. Kami di pihak MHS mendoakan semoga saudara Ahmad Tarmedi Bin Dollah sembuh dari penyakit yang beliau hidapi.

p/s/s: Buat ahli2 PKR yang lain, tunggu apa lagi?? Buat pilihan yang terbaik... Contoh dah ada depan mata...

" Sayangi Selangor, Undilah BN "









Penipu Rakyat!!!!

Pada malam khamis (22/04/2010) Taman Teratai, Kuala Kubu Bharu dalam pentas ceramah pembangkang masih kedengaran isu2 lapuk yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang terutamanya dari mulut Ketua Pembangkang di Parlimen DS Anwar Ibrahim....Seperti biasa isu APCO tetap dibangkitkan dalam pentas2 ceramah pembangkang di Hulu Selangor...Anwar terus menunjukkan agreement kerajaan dengan APCO...betul ke agreement tu??rakyat xnampak pun sb keadaan sekitar tu gelap....ntah ape2 kertas yang dibawa oleh Anwar tu xde siapa pun yang tau....

PAS DH TERSESAT JAUH............. DAH LARI DARIPADA PERJUANGAN SEBENAR......

Naib presiden pas datuk mahfuz omar mengeluarkan statment- pemimpin pas tidak kisah zaid ibrahim memiliki kuda lumba........ katanya lagi, nabi muhammad saw dulu pun menggunakan kuda juga........

Barua......

haaa....nie la muka2 barua yang cuba mensabotaj bahan kempen BN...barua2 nie dh pun ditangkap semalam dan disumbatkan ke dalam lokap Balai Polis Kuala Kubu Bharu...tengoklah pada riak wajah bos mereka tu seakan berbangga anak2 buahnya ditangkap....bos bakar Utusan Malaysia,anak2 buah sabotaj bahan kempen BN....bagus..bagus...bagus...mcm perangai jin....

Ketua, setiausaha AMK K'tan keluar PKR

Ketua, setiausaha AMK K'tan keluar PKR

Wednesday, April 21, 2010

Gagasan 1 Malaysia lebih Popular Dari jenama barangan terkenal.-PM DS Najib Razak




Semalam 21 April 2010 jam hampir 12.00 malam, Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak telah melawat semua sub-centre Barisan Nasional untuk PRK Hulu Selangor. Semasa di Sub-centre yang terakhir di Pejabat DUN Hulu Bernam, DS telah disambut oleh Ketua Bahagian merangkap ADUN Hulu Bernam Dato Idris Bakar dan jentera BN serta rakyat tempatan yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan DS Najib sendiri.
Dalam ucapan beliau di hadapan media dan hadirin, sempat juga beliau berseloroh dengan menyatakan yang buat masa ini "Gagasan 1 Malaysia" yang beliau telah ilhamkan lebih popular dari jenama terkenal seperti Coca-Cola, KFC dan McDonald. Ini kerana beliau yakin yang semua rakyat dapat menerima " Gagasan1 Malaysia" .
Selepas beliau tamat berucap ,wakil dari Parti Makkal Sakhti Hulu selangor juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyampaikan cenderahati kepada PM DS Najib.Walaupun jam telah hampir 1 pagi, para penyokong masih tidak mahu berganjak menunggu PM DS Najib sehingga beliau pulang.....

Sampah Masyarakat......

Ape sudah jadi???belum pun sampai tarikh pembuangan undi poster2 calon pakatan reban dh pun jadi sampah di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu...bersepah2 poster peliwat tegar dan pemabuk tegar nie dibawah pokok seliaan MDHS di KKB....hahahaha...orang2 sendiri pun xmenyokong kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid gagap ke???hehehhe...nasib la nasib....memang sampah la nmpak gayanya 2 orang nie ye.....

Tuesday, April 20, 2010

Raih undi ke?????

Kempen terbaru dari puak2 haram jadah nie....menagih undi orang asli yang selama nie dibela oleh BN....belum pernah terjadi dalam mana2 PRK sebelum nie...baru pertama kali terjadi di PRK Parlimen Hulu Selangor....nampaknya PKR semakin terdesak demi memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor nie....semakin hari semakin ramai orang hilang kepercayaan dengan PKR....buktinya dh ramai Ahli Parlimen dan ADUN PR tekad keluar parti....SYABAS Pakatan Reban...teruskan usahamu menipu rakyat...

Pembaziran......

Kalau tengok pada khemahnya pasti ramai yang agak mesti ramai orang yang datang....hakikatnya dari 28 buah khemah tersebut hanya 16 kedai sahaja yang masih menjalankan perniagaan....selebihnya gulung tikar...mcmane xgulung tikar kalau sekali sesi ceramah hanye 30 orang sahaja yang hadir....rugi...rugi...rugi....segala2nya rugi.....

'rakyat merana'


Nampaknya pihak pembangkang sewenang2nya menggunakan kemudahan awam di Kuala Kubu Bharu...24 jam on elektrik dan menggunakan lampu limpah stadium hampir setiap malam...bila bil melambung rakyat juga yang akan dibebankan dengan kenaikan cukai pintu sedangkan tiada apepun pembaharuan yang dilakukan .....